Tentang Kami

Visi kami adalah untuk membantu sejuta orang melalui pendidikan kewangan dan perniagaan, dan pembiayaan mikro daripada MADCash menjelang tahun 2024.

Lebih daripada 1.7 bilion orang di seluruh dunia tidak mempunyai akaun bank dan tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan yang mereka perlukan. Di Malaysia pula, seramai 13.7 juta orang kurang akses kepada perkhidmatan bank, menandakan mereka ini tidak aktif menggunakan perkhidmatan bank yang ditawarkan untuk bantu menguruskan kesejahteraan kewangan mereka.

Jadi, di sinilah MADCash sebagai sebuah syarikat yang membangunkan ekosistem fintech patuh Syariah, telah bermula pada April 2020 di Kuala Lumpur. Misi untuk menukar sumbangan yang hanya bersifat sekali kepada sumbangan berterusan atau kekal melalui konsep bayar ke hadapan.

Kami telah membangunkan sebuah platform teknologi yang menjadikan proses ini telus kerana kami mahu penderma melihat kepada siapa sumbangan mereka disalurkan, pada bila-bila masa sahaja.

Tambahan pula, platform ini juga digunakan untuk menjalankan proses permohonan pembiayaan, kelulusan, onboarding, pembayaran dan pemantauan pembayaran balik.

Semuanya berlaku secara telus. Apa yang menjadikan platform ini penting kepada usahawan mikro yang menyertai ialah pendekatan secara atas talian dan bersemuka yang dijalankan secara modular dan berkala.

Kandungan yang disusun memenuhi keperluan usahawan secara praktikal yang menyokong kepada perkembangan dan peluang membina jaringan perniagaan.

Masalah yang kami selesaikan:

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai wanita mengalami kesusahan yang tidak pernah mereka lalui. Usahawan mikro terpaksa bergantung kepada pendapatan harian untuk menyara keluarga. Selepas sekatan pergerakan dilonggarkan, golongan ini tidak dapat beroperasi semula dek kekurangan aliran tunai setelah simpanan habis digunakan. Kemudian, mereka ini pula tidak mempunyai sejarah kredit atau yang paling teruk lagi, ramai telah disenaraihitamkan oleh institusi kewangan serta mempunyai sedikit sahaja akses kepada kewangan. Penubuhan MADCash adalah tepat pada masanya.

Kami sedang berusaha ke arah dunia di mana setiap wanita (dan lelaki) mempunyai akses kepada modal dan boleh memilih bidang keusahawanan sebagai cara untuk menyara keluarga mereka ketika ditimpa kesusahan. Falsafah MADCash ialah sumbangan yang diterima hari ini membantu membiayai seorang usahawan wanita, dan apabila wanita itu membayar balik, ia membantu wanita lain pula; dan kitaran ini berterusan. Kami menjejaki kesan setiap sumbangan, lantas mampu mengurangkan budaya menunggu bantuan seperti daripada kerajaan, dan demi menaja maruah wanita.

Pernyataan Masalah

Hanya 6% perniagaan milik wanita di Asia Selatan menerima sebarang bentuk bantuan kewangan akibat pandemik Covid-19.
1. Tiada akses kepada pembiayaan
2. Tiada perniagaan berdaftar
3.Tiada kedudukan kredit

Penyelesaian Kami

1. Profil

Sosio-ekonomi, kewangan, perniagaan

2. Akademi dalam Talian

Kemahiran Perniagaaan & Kewangan

3. Pembiayaan

Pelan Perniagaan

4. Sokongan & Rangkaian Perniagaan

Mentor & Rakan Sebaya

5. Ekosistem Yang Lestari

Berasaskan Data, Jejak Impak, Ketelusan Dana, Kitar Semula Dana

Rakan Kongsi Kami

MADCash is an initiative that provides access to micro-funds for WOMEN that have a critical need to start, or upgrade a micro business as a new or additional income stream for the household. For this purpose, MADCash provides a platform for individuals and organizations to donate to the MADCash fund, which will be distributed to qualified women of B40 as interest-free micro-loans. The interest-free loan will be served through a weekly payment of up to TEN (10) months.
Scroll to top