Intan Baiduri Mahamad Nor

Intan Baiduri Binti Mahamad Nor, seorang usahawan dari Alor Setar, Kedah, memulakan perniagaan gerai makanan dan minuman bersama suaminya pada tahun 2020. Dengan semangat untuk menyediakan makanan berkualiti dan menyara keluarga, mereka menghadapi cabaran besar termasuk kekurangan sumber dan impak pandemik COVID-19. Namun, mereka teruskan perjuangan hasil daripada keinginan tinggi untuk memberi impak positif kepada komuniti mereka.

Mendengar cerita dari seorang kenalan tentang sokongan yang diterima daripada MADCash, Intan terus menyertai program ditawarkan syarikat tersebut, di mana dia menerima pinjaman tanpa faedah, bantuan perancangan perniagaan, serta akses kepada akademi dalam talian.

Sebelum menyertai MADCash, Intan menghadapi masalah dengan sumber terhad dan kurang pengetahuan perniagaan.

Dengan bantuan MADCash, dia dan suami dapat membeli peralatan baharu dan menambah baik cara pemasaran. Hasilnya, pendapatan bulanan mereka bertambah selepas mengikuti bengkel MADCash, di mana mereka belajar ilmu strategi pemasaran berkesan dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan.

Sejak menyertai MADCash, mereka berjaya mengembangkan perkhidmatan katering dan meningkatkan penjenamaan gerai mereka. Hasil perniagaan mereka meningkat sebanyak 50%, dan pangkalan pelanggan mereka berkembang dengan ketara. Pengalaman ini juga membuatkan keyakinan Intan untuk membina perniagaannya lebih tinggi lagi.

Pencapaian mereka telah memberi peluang pekerjaan kepada komuniti dan menjadi inspirasi kepada merea untuk menceburi bidang keusahawanan. Intan merancang untuk terus kembangkan perniagaannya dengan membuka cawangan baru dan meningkatkan perkhidmatan katering, dengan bantuan berterusan dari MADCash.

Intan mengesyorkan MADCash kepada usahawan wanita lain, menekankan bahawa sokongan dan sumber yang disediakan dapat memberi kesan positif kepada usahawan. Nasihatnya kepada usahawan lain adalah untuk kekal bersemangat, terbuka untuk belajar, dan jangan takut untuk meminta bantuan.

Melalui MADCash, Intan telah menukar cabaran menjadi peluang, menunjukkan bahawa dengan ketabahan dan sokongan yang betul, kejayaan boleh dicapai.

Picture of Intan Baiduri Mahamad Nor

Intan Baiduri Mahamad Nor

Business Name : Intan Madihah Ent
Year of Completion: 2024

Business Type
MADCash Program
Program Key Partner
Food and Beverages
Yayasan Hasanah
Yayasan Hasanah
Picture of Intan Madihah Ent

Intan Madihah Ent

Intan Baiduri Binti Mahamad Nor
Year of Completion: 2024

Business Type MADCash Program Program Key Partner
Food & Beverages
Yayasan Hasanah
Yayasan Hasanah
Intan Baiduri Mahamad Nor
Scroll to top