Siti Aishah Bt Abdullah

Menggapai Impian Bersama MADCash: Kisah Inspirasi Siti Aishah Bt Abdullah.

Di Taiping, Perak, terdapat seorang wanita yang namanya semakin dikenali dalam industri kecantikan dan perkhidmatan spa bernama AA Spa & Beauty Salon. Siti Aishah Bt Abdullah telah menjalankan perniagaan spa dan salun dari kedai kecil di depan rumahnya. Bersama suami, mereka menguruskan perniagaan ini dengan penuh dedikasi dan usaha gigih. Kini, perniagaan mereka telah berkembang dengan adanya dua orang pekerja yang membantu operasi harian.

Namun, perjalanan Siti Aishah tidaklah mudah. Pada awalnya, perniagaan ini menghadapi pelbagai cabaran termasuk kekurangan pelanggan dan kekurangan ilmu perniagaan. Walaubagaimanapun , semangat dan keazaman Siti Aishah tidak pernah pudar. Beliau mengambil inisiatif untuk mencari ilmu dan peluang baru untuk memperkukuhkan perniagaannya. Di sinilah MADCash memainkan peranan penting dalam perubahan hidupnya.

MADCash, sebuah organisasi yang berdedikasi untuk membangunkan usahawan mikro wanita, telah membuka mata Siti Aishah tentang banyak aspek perniagaan yang sebelum ini tidak diketahuinya. Melalui program-program dan sokongan yang diberikan oleh MADCash, Siti Aishah mendapat ilmu yang sangat berharga. Beliau belajar tentang pengurusan perniagaan yang lebih berkesan, strategi pemasaran, dan bagaimana untuk menarik lebih ramai pelanggan.

“Dalam perniagaan spa, ada pasang surutnya disebabkan ekonomi negara yang tidak menentu. Wanita suri rumah jarang yang ingin menjaga kesihatan diri berbanding wanita bekerjaya,” ujar Siti Aishah. Namun begitu, selepas menyertai program bersama MADCash, beliau melihat peningkatan yang ketara dalam jumlah pelanggannya. Kini, beliau optimis untuk masa depan dan bercita-cita untuk membuka kedai yang lebih besar bagi keselesaan pelanggan serta memberikan peluang pekerjaan kepada usahawan muda.

Tidak hanya berpuas hati dengan kejayaan yang dicapainya setakat ini, Siti Aishah dan suaminya juga telah menceburi bidang perniagaan lain iaitu LTS homestay. “Dalam perniagaan, sentiasa ada yang harus diperbaharui, diperbaiki dan dipelajari. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang namun tetap akan memperbaiki dan pelajari yang baru,” kata Siti Aishah dengan penuh semangat.

Kisah Siti Aishah Bt Abdullah adalah contoh nyata bagaimana keazaman, ilmu, dan sokongan yang tepat boleh membawa perubahan besar dalam hidup seseorang usahawan. Dengan bimbingan MADCash, beliau bukan sahaja berjaya dalam perniagaan spa dan salunnya, tetapi juga membuka pintu kepada pelbagai peluang perniagaan lain. Semoga kisah inspirasi ini menjadi pendorong kepada lebih ramai wanita di luar sana untuk terus berusaha mengejar impian mereka.

Picture of Siti Aishah Bt Abdullah

Siti Aishah Bt Abdullah

Aura Anggun Spa Beauty Salon Taiping
Year of Completion: 2024

Business Type
MADCash Program
Program Key Partner
Spa Saloon
Yayasan Hasanah
Yayasan Hasanah

Share via:

Picture of Intan Madihah Ent

Intan Madihah Ent

Intan Baiduri Binti Mahamad Nor
Year of Completion: 2024

Business Type MADCash Program Program Key Partner
Food & Beverages
Yayasan Hasanah
Yayasan Hasanah
Siti Aishah Bt Abdullah
Scroll to top