Soalan Lazim Program Aspirasi Gig Wanita

Program Aspirasi Gig Wanita ini akan dijalankan melalui 3 Fasa.
  • Fasa 1 : Program Gig di bawah Rakan Gig MADCash
    Latihan Gig akan dikendalikan oleh Rakan Gig MADCash. Ia bertujuan untuk memberi latihan kepada para peserta di dalam satu bidang khusus seperti penjagaan kanak-kanak, penjagaan warga emas, urutan tradisional, penjagaan selepas bersalin, pengguntingan rambut dan lain-lain (Rakan Gig MADCash akan diumumkan dalam masa terdekat).
  • Fasa 2 : Pinjaman TANPA FAEDAH
    Peserta layak mendapatkan pinjaman TANPA FAEDAH sebanyak RM3,000.00 bagi membiayai latihan di bawah Rakan Gig MADCash.
  • Fasa 3 : Penempatan Pekerjaan (Job Placement) dan Pemantauan (Monitoring)
    Peserta akan diberikan penempatan pekerjaan oleh Rakan Gig MADCash yang juga akan memantau, membantu dan membimbing peserta untuk mendapatkan peluang kerja yang baik. Peserta juga akan dibekalkan dengan aplikasi digital MADCash bagi membantu mereka untuk memantau perkembangan mereka.
Program Aspirasi Gig Wanita ini akan dijalankan secara fizikal di lokasi yang ditetapkan oleh Rakan Gig MADCash (maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat).
Kelayakan Umum:
(a) Wanita warganegara Malaysia yang beragama islam.
(b) Berumur di antara 18-60 tahun.
(c) Golong asnaf (berpendapatan di bawah RM4,000.00 sebulan).
(d) Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah.
(e) Sihat tubuh badan / tidak mengalami masalah kesihatan yang kronik.
(f) Dapat memberi komitment sepenuhnya.

Kelayakan Khusus Program Aspirasi Gig Wanita :
  • Tidak bekerja. Sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; ATAU sama ada bertaraf tetap, kontrak, sambilan atau sementara; ATAU perlu berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian bagi menjalankan pekerjaan gig.
  • Kelayakan lain adalah bergantung kepada Rakan Gig MADCash bagi program yang dipilih (akan diumumkan dalam masa terdekat).

12 (dua belas) bulan.

Setiap peserta Program Aspirasi Wanita LAYAK mendapat pinjaman TANPA FAEDAH. Bagi Program Aspirasi Gig Wanita Tiada permohonan berasingan diperlukan. Pinjaman sebanyak RM3,000.00 akan disalurkan kepada Rakan Gig MADCash bagi membiayai latihan gig yang dipilih
1 (satu) bulan selepas tamat latihan gig bagi Program Aspirasi Gig Wanita.
Bagi Program Aspirasi Gig Wanita, elaun adalah bergantung kepada latihan gig yang dipilih.
Scroll to top