Soalan Lazim Program Aspirasi Keusahawanan Wanita

Program Aspirasi Keusahawanan Wanita ini dijalankan melalui 3 Fasa.
  • Fasa 1 : Program Keusahawanan di bawah Akademi MADCash
    Peserta perlu menyertai 8 Bengkel Keusahawanan. Bengkel Keusahawanan akan memberi fokus pada topik-topik yang akan membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam perniagaan serta pengurusan kewangan.

  • Fasa 2 : Pinjaman perniagaan TANPA FAEDAH
    Peserta layak mendapatkan pinjaman perniagaan TANPA FAEDAH di antara RM2,000.00 hingga RM5,000.00 bergantung kepada keperluan perniagaan dan kelayakan.

  • Fasa 3 : Bimbingan (Mentoring) dan Pemantauan (Monitoring)
    Peserta akan digandingkan dengan Pembimbing (Mentor) secara berkumpulan mengikut industri masing-masing bagi membantu membimbing, menyokong and mengembangkan lagi perniagaan mereka. Peserta juga akan dibekalkan dengan aplikasi digital MADCash bagi membantu mereka untuk memantau perkembangan perniagaan mereka.

Bengantung kepada lokasi anda, Bengkel Keusahawan Program Aspirasi Keusahawanan Wanita ini akan dijalankan secara hibrid (4 bengkel secara fizikal dan 4 bengkel secara dalam talian) ATAU secara dalam talian SEPENUHNYA.

Kelayakan Umum :

(a) Wanita warganegara Malaysia yang beragama Islam.
(b) Berumur di antara 18-60 tahun.
(c) Golongan asnaf (berpendapatan di bawah RM4,000.00 sebulan).
(d) Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah.
(e) Sihat tubuh badan / tidak mengalami masalah kesihatan yang kronik.
(f) Dapat memberi komitment sepenuhnya.

Kelayakan Khusus Program Aspirasi Keusahwanan Wanita :
  • Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai rekod perniagaan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan.
  • Menjalankan aktiviti perniagaan patuh syariah.

12 (dua belas) bulan.

Setiap peserta Program Aspirasi Wanita LAYAK mendapat pinjaman TANPA FAEDAH.
Bagi program Aspirasi Keusahawanan Wanita, peserta hendaklah membuat permohonan pinjaman secara berasingan selepas menghadiri Bengkel 1. Selepas permohonan pinjaman diterima, peserta akan ditemuduga dan satu lawatan akan diadakan untuk mengenal pasti tujuan pinjaman dan keperluan perniagaan. Pinjaman akan disalurkan terus kepada peserta setelah permohonan pinjaman diluluskan DAN peserta telah menghadiri 4 Bengkel Keusahawanan serta menyiapkan kertas kerja / aktiviti yang telah diberikan.
  • RM3,000.00 ke bawah – 10 (sepuluh) bulan
  • RM3,000.00 ke atas – 12 (dua belas) bulan

1 (satu) bulan selepas pinjaman disalurkan bagi Program Aspirasi Keusahawanan Wanita.

Ya. Elaun kehadiran sebanyak RM40.00 akan di bayar kepada setiap peserta bagi setiap kelas fizikal yang di hadiri oleh peserta dan RM20.00 akan di bayar kepada setiap peserta bagi setiap kelas dalam talian yang dihadiri oleh peserte DENGAN SYARAT peserta telah menyiapkan kertas kerja / aktiviti yang diberikan serta memberi sebarang maklum balas yang dipinta oleh MADCash / Maybank Islamic Berhad. Elaun kehadiran akan di bayar sebanyak dua kali iaitu selepas Bengkel 4 and selepas Bengkel 8.

Scroll to top